" Star's like me + i'm Graphic Designer ..." ^_^

Friday, August 7, 2015

Media Baru

Note :

Sekadar perkongsian utk cOurse *Ijazah Komunikasi Visual dan Media Baharu yg aku amek utk kali ini ^_^
*read carefully yuppp my dear ( ^_- " )                     

Picture


Media baru merupakan sebuah terminologi untuk menjelaskan konvergensi antara teknologi komunikasi digital yang terkomputerisasi serta terhubung ke dalam jaringan. Contoh dari media yang sangat merepresentasikan media baru adalah Internet. Program television, filem, majalah, buku, suratkhabar, dan jenis media cetak lain tidak termasuk media baru.

        Media baru pula ditakrifkan sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan. Media baru juga bermaksud cara mengajar baru yang menggunakan media jaringan komputer dan internet. Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk menerangkan kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Media baru juga lebih dikenali sebagai 'teknologi informasi tanpa sempadan'.

          Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Media baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Antara contoh-contoh media baru ialah:

  • Internet & web
  • Personal komputer
  • DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc
  • VCDs (Compact Disc)
  • Portable Media Player
  • Mobile Phone
  • Video Games
  • Virtual Reality


MAKSUD MEDIA BARU DALAM KONTEKS SENI DIGITAL

Sejarah merupakan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau berdasarkan fakta-fakta ataupun bukti-bukti melalui lukisan-lukisan di dinding gua yang menunjukkan anusia telah lama wujud.Media telah lama wujud dan kini diperbaharui menggunakan teknologi yang canggih.

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai “media baru” adalah digital. Teknologi digital ini  seringkali memiliki sifat dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak berpihak pada mana-mana pihak.Contoh media baru adalah seperti internet, website, komputer multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Sebaliknya  Media baru bukanlah televisyen, filem, majalah, buku, atau publisiti yang berasaskan kertas.

Kamus Oxford English Dictionary(2003), menyifatkan media baru sebagai kaedah elektronik untuk berkomunikasi atau menyalurkan maklumat. Ensiklopedia bebas Wikipedia (2009) pula menyatakan istilah media baru sebagai menerangkan fenomena kewujudan teknologi digital untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi.

Sejarah media baru di Malaysia wujudnya dengan kemunculan media cetak iaitu surat khabar. Media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Kemudian, media elektronik muncul dengan kehadiran radio, televisyenpermainan komputer seperti Playstation, komputer riba dan komputer peribadi, telefon bimbit dan lain – lain.

Medium media baru yang menghasilkan karya seni digital ialah komputer samada komputer meja mahupun komputer riba.  Komputer peribadi berfungsi sebagai alat bantu kerja. Salah satu fungsi komputer peribadi ialah pengolahan digital grafik. Komputer merupakan media elektronik dalam menghasilkan karya seni digital dengan menggunakan perisian yang dipasang dalam komputer. Sebagai contoh salah satu perisian yang menghasilkan karya seni digital ialah Adobe Photoshop. 


Contoh Media Baru
Picture
  • Twitter
Picture
  • Facebook

No comments:

Post a Comment